29.5 C
Kuala Lumpur
Friday, June 5, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Reman suspek kes bunuh bekas pelajar UPSI dilanjut tujuh hari

    Shopee Sale

    Tempoh reman suspek kes bunuh bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Nur Farah Kartini Abdullah dilanjutkan tujuh hari lagi. 

    Perintah sambung reman bermula esok hingga 29 Julai ini dikeluarkan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza selepas mendengar permohonan polis di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu. 

    Lelaki berusia 26 tahun itu yang memakai baju lokap berwarna jingga dan bergari hadir dengan menaiki kereta polis pada 9.04 pagi.

    Suspek sebelum ini direman tujuh hari sehingga hari ini untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

    Terdahulu, Bernama melaporkan penemuan mayat mangsa di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam, Hulu Selangor kira-kira 6 petang, 15 Julai lepas.

    Susulan itu, suspek yang juga seorang anggota polis berpangkat lans koperal telah ditahan hari yang sama.

    MENARIK:  Facebook, Instagram, Messenger berdepan masalah log masuk

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah