25.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Remaja hilang sejak 29 Dis ditemui selamat di rumah kawan

    Shopee Sale

    Remaja perempuan berusia 17 tahun yang dilaporkan hilang sejak 29 Dis lepas ditemukan dalam keadaan selamat pada kira-kira 11.15 malam semalam.

    Ketua Polis Daerah Sepang ACP Norhizam Bahaman dalam kenyataan hari ini, berkata remaja berkenaan Nurul Fateha Nabila Mohd Zailani dijumpai di sebuah restoran di Batu 9, Cheras dan sepanjang kehilangan, remaja itu berada di rumah kawannya.

    Norhizam berkata penemuan Nurul Fateha Nabila telah dimaklumkan kepada pengadu iaitu ibu saudaranya dan telah diserahkan kepada ibu bapa remaja itu dalam keadaan baik.

    MENARIK:  Nasib tiga sekeluarga dapat perhatian Anwar

    Pada 4 Jan lepas, media melaporkan polis sedang mengesan remaja itu susulan laporan yang dibuat oleh ibu saudaranya pada 31 Dis lepas.

    Dilaporkan remaja itu menetap di Kampung Sungai Merab Luar, Kajang, dan tinggal bersama pengadu sejak Februari tahun lepas.

    Sebelum menghilangkan diri, remaja itu telah berkurung dalam bilik di rumahnya kerana berlaku selisih faham keluarga.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah