25.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Remaja hilang 20 hari ditemukan selamat

    Shopee Sale

    Remaja lelaki yang hilang selama 20 hari Muhammad Danish Darwish Dasuki Muhammad Addam akhirnya ditemukan dalam keadaan baik dan selamat kembali ke pangkuan keluarganya.

    Bapa remaja itu, Muhammad Addam Wahab bersyukur anak sulungnya yang dilaporkan hilang pada 9 Jun ditemukan dua hari lepas di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur hasil bantuan orang ramai dan polis.

    Muhammad Addam, 32, berkata dia mendapat maklumat daripada kenalannya berhubung penemuan anaknya itu menerusi perkongsian di media sosial pemain bola sepak Kuching City Joseph Kalang Tie.

    "Setelah disahkan saya terus ke Kuala Lumpur dari Terengganu pada 27 Jun dan mencari sekitar Pudu , Chow Kit dan Sogo tetapi masih tidak jumpa dan akhirnya dijumpai di Dataran Merdeka pada 28 Jun, 1 pagi.

    "Saya bersyukur Danish ditemukan dalam keadaan baik. Saya dan isteri akan menukar sekolahnya di Jempol supaya dekat dengan keluarga... sebelum ini anak saya bersekolah di Rembau," katanya ketika dihubungi Bernama.

    Dia dan isteri Nik Nurhayati Nik Mohd Marzuki, 33, berterima kasih kepada orang ramai yang berusaha membantu mencari anaknya itu termasuk media dan juga polis.

    MENARIK:  Penolong kanan penguasa bomba dipenjara 3 tahun, denda RM172,000

    Muhammad Addam berkata anaknya itu merupakan seorang abang yang periang, peramah dan mudah mesra selain rapat dengan tiga adiknya.

    Ketua Polis Daerah Rembau DSP Shaik Abd Kadar Shaik Mohamed ketika dihubungi mengesahkan penemuan remaja berkenaan pada 28 Jun di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

    Beliau berkata Muhammad Danish ditemukan dalam keadaan baik serta terurus tanpa sebarang kecederaan dan kini bersama keluarganya di Jempol.

    Media sebelum ini melaporkan Muhammad Danish disedari hilang oleh warden sekolah pada 9 Jun di Rembau kira-kira 11 malam selepas mendapati pelajar itu tiada semasa sesi panggi nama pelajar asrama.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah