32.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Remaja 17 tahun meninggal, jatuh laut ketika memancing di PD

    Shopee Sale

    Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ketika memancing di laut berdekatan Jalan Pantai berhampiran Jeti Nelayan Kampung Gelam, di Port Dickson semalam.

    Komander Operasi Kanan Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson Mohd Kamal Mohd Timar berkata mayat mangsa ditemukan pada 12.28 tengah malam di permukaan pantai sektor C dalam jarak 50 meter dari tempat mangsa terjatuh. 

    "Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak pegawai perubatan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan di Port Dickson hari ini. 

    Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.28 malam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Port Dickson bergegas ke lokasi kejadian.

    MENARIK:  Dakwaan warga Israel di Forest City: Imigresen siasat ‘Network School’

    Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat membabitkan 23 anggota termasuk dua pegawai kanan selain dibantu Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Teluk Kemang, yang turut sama membuat pemantauan di pesisir pantai.

    "Anggota PPDA terdiri daripada dua sektor membuat penyelamatan di permukaan air pada radius 50 meter dari pesisir pantai bagi mencari dan menyelamat mangsa yang merupakan pelajar Tingkatan Lima di sebuah sekolah di Lukut," katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah