31.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Rasmi: Persaingan empat penjuru di Kuala Kubu Bharu

    Shopee Sale

    PRK KKB | Pilihan raya kecil Kuala Kubu Bharu yang bermula hari ini menyaksikan pertembungan empat penjuru di antara calon PH, PN, Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan bebas.

    Perkara itu diumumkan pegawai pengurus pilihan raya, Yuhanas Auree Kamaruddin, di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.

    “Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima kertas penamaan daripada empat orang calon bagi pengundian Dewan Undangan Negeri N06 Kuala Kubu Bharu.

    “Saya telah menyemak kertas-kertas penamaan dan setelah selesai disemak, saya berpuas hati memutuskan tiada yang ditolak kertas penamaa,” katanya.

    Bekas setiausaha akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Pang Sock Tao, dipertaruhkan untuk mempertahankan kerusi itu di pihak PH.

    MENARIK:  Lembaga pengarah keliru peranan Najib dalam 1MDB - bekas pengerusi

    Pang dicabar pemangku Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor Khairul Azhari Saut yang mewakili PN, Hafizah Zainuddin (PRM) dan Nyau Ke Xin (bebas).

    [Laporan lanjut menyusul]

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah