29.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ramasamy dihalang keluar negara, gagal ambil anugerah dari Aceh

    Shopee Sale

    Bekas timbalan ketua menteri Pulau Pinang, P Ramasamy dihalang terbang ke luar negara malam tadi, sekali gus menyebabkan dia gagal menerima sebuah anugerah keamanan di Aceh, Indonesia.

    Setiausaha sementara Parti Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (Urimai) Satees Muniandy berkata pegawai imigresen memaklumkan bahawa Ramasamy disenarai hitam dari meninggalkan negara.

    “Difahamkan keputusan imigresen ini disebabkan oleh sekatan yang dikemukakan oleh pihak SPRM. 

    “Apabila dihubungi, pihak SPRM memberitahu bahawa sekatan adalah atas arahan Putrajaya,” kata Satees.

    Satees Muniandy

    Ramasamy dijadualkan untuk menerima Anugerah Keamanan dari Wali Nanggoroe (pemerintah) Aceh, di Banda Aceh, malam ini, kata Satees.

    Ramasamy adalah pengasas dan presiden Urimai, sebuah parti untuk memperjuangkan nasib kaum India, yang ditubuhkannya selepas keluar DAP tahun lalu.

    Kes Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang?

    Dalam kenyataan hari ini, Satees berkata dia difahamkan SPRM sedang menyiasat Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang sejak minggu lepas. 

    Tetapi katanya, sehingga kini, Ramasamy tidak dipanggil oleh pihak SPRM, sebaliknya “meletakkan senarai hitam ke atasnya”. 

    MENARIK:  Anak Daim Zainuddin hadir beri keterangan kepada SPRM

    Satees mengingatkan bahawa Ramasamy telah berulang kali menyatakan kesediaan disiasat bukan sahaja oleh SPRM, tetapi mana-mana pihak berkuasa. 

    “Kami juga difahamkan bahawa ada beberapa individu yang sangat beria-ia untuk mensasarkan Prof Ramasamy dalam kes ini,” katanya.

    Wali Nanggoroe Aceh Teungku Malik Mahmud Al Haythar

    Urimai justeru mempersoalkan kewajaran larangan itu atas alasan seorang yang telah dituduh di mahkamah pun masih dibenarkan keluar negara dengan kebenaran hakim.

    “Apakah asas untuk seorang dihalang dari keluar negara atas alasan ‘siasatan’,” katanya.

    Sementara itu, Satees berkata pejabat Wali Nanggoroe Aceh telah membuat segala persiapan protokol untuk menerima Ramasamy sebagai tetamu mereka.

    “Tetapi kini semuanya terpaksa dibatalkan pada saat terakhir. 

    “Kami telah menyatakan kekesalan kepada Pejabat Wali Nanggoroe kerana tidak memenuhi jemputan TYT (tuan yang terutama) Wali Nanggoroe pada malam ini. 

    “Kami menyatakan bahawa, kami tidak dapat hadir kerana politik Malaysia sedang menjadi lebih diktator bawah rejim Madani ini,’ katanya.

    Malaysiakini sedang cuba mendapatkan maklum balas imigresen dan SPRM.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah