24.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Puad: Jailani yang mufliskan diri sendiri

    Shopee Sale

    Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Mohd Puad Zarkashi sekali lagi tampil dengan stail sinisnya dalam mengulas isu semasa politik.

    Kali ini bagi menjawab kata-kata disebutkan Adun Rembia di Melaka, Muhammad Jailani Khamis, yang mendakwa Umno mahu melihat dia muflis dengan menuntut ganti rugi RM100 juta.

    Menafikan dakwaan tersebut, Mohd Puad sebaliknya berkata, tindakan Adun terbabitlah yang - yang digelarnya "tiada kelas" - boleh membuat dia mungkin menjadi bankrap nanti.

    "Adun Rembia mendakwa tuntutan Umno sebanyak RM100 juta bertujuan supaya dia menjadi muflis. Ini satu lagi YB yang tiada kelas.

    "Dialah yang memufliskan dirinya," katanya dalam kenyataan awal petang ini.

    Menurut Mohd Puad, apa yang berlaku ialah Jailani sendiri yang menandatangani akuan berkanun sebelum dicalonkan dalam pilihan raya negeri di Melaka pada 2021.

    Selepas itu, katanya, Jailani memilih untuk melompat parti.

    "Maka tanggunglah sendiri. Dia (Jailani) boleh tanya pula apa yang dia nak beri anaknya makan?" kata Mohd Puad lagi.

    Lompat ‘cari makan’

    Status Jailani sebagai Adun Melaka kini belum terjawab selepas dia menyertai PAS kira-kira tiga minggu lalu.

    Pengumuman penyertaan Jailani - yang asalnya merupakan ahli Umno sebelum menyertai PKR namun menjadi Adun bebas untuk seketika sebelum kembali kepada Umno - dibuat oleh Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan.

    Takiyuddin juga mendakwa penyertaan Jailani tidak menjejaskan kedudukannya sebagai Adun kerana dibuat sebelum Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka melaksanakan peraturan antilompat parti.

    Untuk rekod Speaker DUN Melaka Ibrahim Durum sudah memberikan tempoh sehingga Jumaat lalu kepada Jailani untuk memberikan penjelasan.

    Jailani turun berkempen bagi membantu calon PN, Mohd Rizwadi Ismail, yang terlibat dalam PRK Nenggiri dan dipetik Malaysiakini sebagai berkata, Umno mahu melihat dia bankrap melalui tuntutan sebanyak RM100 juta.

    MENARIK:  ULASAN | Klip Rosmah 'can I advise you something’ lwn klip Sabah

    "Saya masuk PAS, saya dapat ugutan saman RM100 juta, dia (Umno) nak bankrapkan saya. Apa yang saya nak beri anak saya makan?

    "Tetapi tuan-tuan, ini soal pendirian dan pegangan," kata Jailani ketika berceramah di Meranto, Gua Musang, malam tadi.

    Menurut Mohd Puad, Jailani seorang ahli politik yang tidak ada pegangan dan mendakwa sengaja melompat ke dalam beberapa parti untuk kelangsungan langkah politiknya.

    "Sebab itu 'katak' suka melompat cari makan. Dia asalnya Umno, masuk PKR kemudian Adun bebas. Akhirnya Takiyuddin umum dia ahli PAS," katanya.

    Pada 3 Ogos lalu, Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi berkata parti itu sudah menghantar surat tuntutan (LOD) kepada Jailani ekoran tindakannya melompat ke PAS baru-baru ini.

    Ahmad Zahid mendedahkan perkara itu berkata ia merupakan langkah awal bagi parti berkenaan mendapatkan pampasan sebanyak RM100 juta daripada Jailani.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah