31 C
Kuala Lumpur
Friday, July 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Proses rakam keterangan pengasas FashionValet masuk hari ketiga

    Shopee Sale

    Pasangan pengasas Fashion Valet Sdn Bhd yang terkait kes kerugian pelaburan Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) sambung memberi keterangan hari ini.

    Kenderaan yang membawa pasangan itu tiba di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya pada 2.34 petang.

    Hari ini memasuki hari ketiga proses rakaman keterangan terhadap pasangan itu dijalankan.

    Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan pasangan berkenaan dipanggil bagi membantu siasatan kes yang melibatkan kerugian pelaburan berjumlah RM43.9 juta itu.

    MENARIK:  'Mafia korporat': Ahli perniagaan persoal serbuan polis

    SPRM juga dilaporkan telah membekukan beberapa akaun bank persendirian pasangan itu serta akaun syarikat bernilai kira-kira RM1.1 juta menerusi Op Favish semalam.

    Siasatan kes berkenaan dijalankan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah