31.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PRN Sabah: BN hanya bekerjasama dengan parti bermatlamat sama – Zahid

    Shopee Sale

    Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata gabungan itu hanya akan menjalinkan kerjasama dengan parti yang mempunyai matlamat sama dalam membangunkan negara dan menyatukan rakyat.

    Ahmad Zahid, yang juga Presiden UMNO, berkata BN masih terbuka untuk berbuat demikian walaupun telah memutuskan akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah.

    “Kita tidak pernah tertutup tetapi kita jangan buka seluas-luasnya kerana ada musang berbulu ayam masuk untuk merosakkan rumah kita,” katanya ketika berucap merasmikan Program Gerak17 UMNO Dewan Undangan Negeri Kemabong di Tenom yang turut dihadiri Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin.

    Beliau juga berkata trend politik dunia kini menyaksikan pembentukan kerajaan melalui kerjasama dengan beberapa parti.

    MENARIK:  Fahmi jumpa wakil organisasi bincang isu kebajikan pengamal gaji

    “Pilihan yang terbaik adalah kerjasama antara BN, PH serta parti yang sependapat, ini kita lakukan kerana dalam mana-mana pilihan raya di seluruh dunia, dalam kajian saya terdapat 77 negara tidak dapat membentuk kerajaan secara dominan.

    “Oleh itu, kita tidak perlu tamak kuasa… kita perlu yakin berkongsi kuasa untuk penyatuan, perpaduan serta untuk kesepakatan politik dan itu adalah jalan yang terbaik untuk kita lakukan,” katanya.

    Ahmad Zahid turut meminta semua bahagian UMNO di Sabah saling membantu dalam melaksanakan gerak kerja bagi memastikan kemenangan calon yang bertanding pada PRN17 Sabah.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah