25.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PRN: PH belum putuskan kerjasama dengan BN Sabah – Loke

    Shopee Sale

    PH belum membuat keputusan rasmi berhubung kerjasama politik antara gabungan itu dengan BN Sabah pada pilihan raya umum negeri (PRN) ke-17 akan datang.

    Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, segala ketetapan mengenai kerjasama itu akan diputuskan dalam mesyuarat rasmi parti gabungan terbabit dalam masa terdekat.

    "Kita akan bincangkan bentuk kerjasama yang akan dijalinkan menjelang pilihan raya negeri (PRN) Sabah nanti.

    "Tapi buat masa ini belum ada (perbincangan) secara rasmi lagi. Nanti kita akan putuskan,” katanya kepada pemberita selepas majlis menyampaikan bantuan Tabung DAP kepada mangsa kebakaran saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya, petang tadi.

    Loke berkata demikian mengulas pengumuman Pengerusi BN Sabah, Bung Moktar Radin bahawa parti itu telah memutuskan kerjasama dengan PH Sabah bagi menghadapi PRN ke-17 negeri itu akan datang.

    Bercakap kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediamannya, di Sabah, Bung yang juga Ketua Umno Sabah berkata perkara itu dimuktamadkan pada pemukiman Umno Sabah akhir tahun lalu.

    MENARIK:  Mahkamah benarkan Rosli cabar polis kaitkannya dengan laporan AirAsia

    Kata Bung, perbincangan tidak rasmi dengan pemimpin PH Sabah juga sudah beberapa kali diadakan dan ia akan disusuli perbincangan secara rasmi dalam masa terdekat berikutan jangkaan PRN17 yang sudah semakin dekat.

    Sementara itu, PKR Sabah hari ini dilapor menyambut baik kenyataan Bung. Ketua Penerangan PKR Sabah, Razeef Rakimin berkata pihaknya menyifatkan pengumuman terbabit satu keputusan baik dari BN Sabah sebagai rakan gabungan dalam Kerajaan Perpaduan.

    Menurutnya, pihaknya sebelum ini sudah menyatakan pendirian dengan mengambil sikap terbuka menjalin kerjasama dengan rakan komponen dalam Kerajaan Perpaduan bagi menghadapi PRN17.

    PRN Sabah dijangka diadakan pada akhir tahun ini.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah