32.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PRN Johor: Senarai calon BN sedang diteliti – Ahmad Zahid

    Shopee Sale

    Senarai calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor telah dikemukakan oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi dan kini dalam peringkat penilaian.

    Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata senarai calon yang telah dikemukakan kepadanya itu akan dimuktamadkan setelah beliau mengadakan perbincangan bersama pimpinan parti komponen BN.

    “Calon-calon dalam peringkat penilaian namun kita juga harus menghormati calon-calon yang datang (dikemukakan) daripada parti-parti komponen BN yang lain,” katanya.

    Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penutupan Konvensyen Ekonomi Usahawan Bumiputera (KEUB 2026) di Kuala Terengganu hari ini.

    Presiden UMNO itu yang turut mengesahkan Onn Hafiz akan kekal sebagai “poster boy” pada PRN berkenaan berkata BN beriltizam untuk memenangi lebih 40 kerusi pada PRN kali ini, mengatasi rekod dicapai pada 2022.

    Bagaimanapun, beliau mengakui tiada kemenangan yang boleh diraih dengan mudah melainkan menerusi kerja keras, kebijaksanaan dan jentera yang tersusun.

    MENARIK:  Malaysia rakan kongsi yang boleh dipercayai - PM India

    Selain itu, pelbagai inisiatif yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Johor di bawah pentadbiran BN demi kesejahteraan rakyat Johor diyakini bakal meraih sokongan dan keyakinan pengundi pada PRN kali ini.

    Dalam pada itu, Ahmad Zahid menepis persepsi negatif mengenai hubungan antara BN dan Pakatan Harapan (PH) ekoran keputusan untuk bertanding secara solo, dengan menegaskan bahawa Kerajaan Negeri Johor di bawah pentadbiran BN telah terbentuk sebelum wujudnya Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan.

    “Kerajaan di Johor adalah kerajaan BN, bukan Kerajaan Perpaduan. Pintu sudah dibuka oleh BN Johor untuk mereka bertanding secara persahabatan di setiap 56 kerusi DUN,” katanya.

    Semalam, Onn Hafiz mengumumkan pembubaran DUN Johor selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail bagi memberi laluan kepada PRN.

    Onn Hafiz sebelum ini mengesahkan BN Johor akan meletakkan calon di semua 56 kerusi pada PRN ini.

    Pada PRN 2022, BN memenangi 40 kerusi manakala Pakatan Harapan (12), Perikatan Nasional (3) dan MUDA (1).

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah