25.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Polis tidak benarkan demo anti rumah ibadat haram malam ini

    Shopee Sale

    Polis tidak membenarkan penganjur meneruskan perhimpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (Garah) di hadapan kompleks beli-belah Sogo, di Kuala Lumpur malam ini.

    Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata keputusan itu dibuat setelah polis menjalankan risikan keselamatan dan mendapatkan maklum balas pihak terlibat termasuk pemilik premis di sekitar lokasi tersebut.

    “Polis menerima surat bantahan semalam daripada pemilik premis Kompleks Sogo, Pertama Kompleks dan Harissons serta premis berhampiran tentang kebimbangan terhadap keselamatan pelanggan yang hendak membeli-belah dalam masa itu.

    “Maklumat bebas juga diperolehi tentang kemungkinan berlaku pecah keamanan dan ancaman keselamatan kepada masyarakat di lokasi perhimpunan yang dijangka dipenuhi orang ramai yang membeli-belah sempena sambutan perayaan,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

    MENARIK:  Presiden MCA gesa kaji semula garis panduan majlis rumah ibadat

    BACA BERKAITAN:

    Himpunan 'ON' seperti dirancang - Zamri Vinoth

    KDN akan jumpa penganjur demo, gesa tak berhimpun ketika kunjungan PM India


    Fadil berkata polis menasihatkan orang ramai tidak menyertai perhimpunan itu dan tindakan tegas akan diambil kepada mana-mana pihak yang cuba mencetuskan kekacauan dan mengganggu gugat keselamatan awam di lokasi berkenaan.

    “Polis akan memastikan keselamatan dan kesejahteraan awam diutamakan,” katanya.

    Fadil berkata pihaknya menerima surat pemakluman daripada penyelaras gerakan itu pada Selasa lepas bagi mengadakan perhimpunan itu dengan Ketua Polis Daerah Dang Wangi telah mengadakan perbincangan dengan penganjur pada Khamis.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah