33.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Polis tembak mati dua penjenayah di Butterworth

    Shopee Sale

    Polis menembak mati dua penjenayah, kedua-duanya lelaki warga tempatan, dalam kejadian berbalas tembakan di Jalan Permatang Baru, Sungai Lokan di Butterworth, pukul 2 pagi tadi. 

    Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad ketika dihubungi mengesahkan insiden itu dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Senjata 1960.

    Terdahulu difahamkan, sepasukan anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri dan Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) telah mengesan sebuah kereta Myvi dalam keadaan mencurigakan di persimpangan Jalan Pokok Sena menghala Jalan Permatang Baru.

    Polis kemudian meminta pemandu kereta itu supaya memberhentikan kenderaannya namun suspek enggan dan terus bertindak memecut sebelum melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis. 

    MENARIK:  Polis sahkan ancaman bom palsu di sebuah bangunan di ibu negara

    Susulan itu, polis terpaksa membalas tembakan sebelum kedua-dua suspek disahkan maut di lokasi kejadian.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah