33.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 31, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Polis tahan Orang Asli terkait video kecam Ramli

    Shopee Sale

    Polis menahan seorang Orang Asli di Negeri Sembilan berhubung penerbitan video yang didakwa menyinggung perasaan Timbalan Speaker Dewan Rakyat Ramli Mohd Nor.

    Aktivis, Zurdi Baharu, memberitahu Malaysiakini lelaki yang berasal dari suku Semelai itu ditahan di rumahnya di Kuala Pilah kira-kira jam 11 malam tadi.

    Katanya lelaki berusia 48 tahun itu - yang dikenali dengan nama Apong - kemudian dibawa ke Balai Polis Sentul di Kuala Lumpur dan ditahan di situ.

    “Apong ditahan polis dan dibawa ke Balai Polis Sentul kira-kira jam 11 malam tadi.

    “Berdasarkan maklumat yang diberikan isterinya sebentar tadi, Apong masih ditahan di balai polis,” katanya menerusi pesanan ringkas kira-kira 8.40 malam hari ini.

    Malaysiakini telah menghubungi Ketua Polis Ddaerah Sentul, ACP Ahmad Sukarno Mohd Zahari, untuk pengesahan dan komen lanjut.

    Menurut Zurdi, Apong menjadi subjek kepada laporan polis Ramli pada Selasa. Melalui laporan tersebut, Ramli yang juga bekas pegawai kanan polis mendakwa dia menjadi mangsa fitnah melalui sekurang-kurangnya dua video yang dimuat naik di TikTok minggu lalu.

    Ramli telah membuat laporan itu di Balai Polis Sentul mengikut Seksyen 504 dan 505(c) Kanun Keseksaan.

    MENARIK:  'PH tidak akan terima jawapan MCMC jika ia pembangkang'

    Kedua-dua peruntukan itu menjenayahkan penghinaan yang disengajakan yang mencetuskan pecah keamanan, serta kenyataan yang membawa kepada kerosakan awam dengan niat untuk menghasut.

    Susulan itu, Zurdi semalam mengeluarkan kenyataan menggesa Ahli Parlimen Cameron Highlands terbabit supaya lebih berbudi bahasa terhadap kaumnya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah