26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Polis tahan 21 Orang Asli Kg Jemeri didakwa ceroboh tanah

    Shopee Sale

    Seramai 21 penduduk suku Orang Asli Jakun dari Kampung Jemeri, Rompin, ditahan pihak polis atas dakwaan menceroboh tanah milik pihak lain.

    Wakil penduduk Azman Idom berkata, dalam kejadian sekitar jam 12 tengah hari tadi itu mereka yang ditahan terdiri daripada empat lelaki dan 17 wanita.

    Menurutnya, penduduk bertindak merobohkan palang yang dibina di laluan masuk ke kawasan yang didakwa tanah wilayah adat kampung berkenaan.

    “Kejadian berlaku apabila penduduk merobohkan sekatan yang dibina oleh pihak syarikat yang kata mereka mempunyai geran tanah kawasan kampung ini.

    “Sebelum ini lagi sudah ada perbincangan antara penduduk dengan pihak syarikat berkenaan, tetapi tiada kata putus dibuat.

    “Kami sudah tinggal di kawasan ini sejak turun-temurun dan laluan yang disekat ini merupakan ladang kelapa sawit, getah dan kebun pusaka. Ada juga rumah penduduk di kawasan tanah wilayah adat ini,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini, hari ini.

    Tambah Azman, setakat ini penduduk belum mengenal pasti nama syarikat yang mendakwa memilik geran tanah kawasan terbabit.

    MENARIK:  Penyanyi 60an, Aspalela Abdullah meninggal dunia

    “Kami juga belum mengetahui status penahanan penduduk setakat ini sama ada direman atau tidak.

    “Mereka berusia antara 26 hingga 61 tahun dan ada yang menghidap penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, janting dan masih menyusukan bayi,” katanya.

    Sementara itu Persatuan Suku Jakun Pahang, mengecam keras penahanan tersebut dan menuntut pembebasan segera.

    “Mereka ditahan kerana mempertahankan tanah adat kami daripada pencerobohan syarikat luar.

    “Kami tuntut pembebasan segera 21 orang adik-beradik kami, hentikan intimidasi dan gangguan terhadap komuniti Orang Asli Jakun serta pengakuan hak tanah adat kami,” kata persatuan itu dalam kenyataan hari ini.

    Ketua Polis Daerah Rompin, Superintenden Sharif Shai Sharif Mondoi berkata pihaknya akan mengeluarkan kenyataan media selepas siasatan lengkap dijalankan.

    “Masih dalam siasatan lagi, terlalu awal untuk buat rumusan. Kita akan keluarkan kenyataan nanti setelah siasatan penuh dilengkapkan,” katanya ketika dihubungi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah