31.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Polis Perancis tahan 2 suspek rompakan permata ASD102j di Muzium Louvre

    Shopee Sale

    Pihak berkuasa Perancis menahan dua suspek yang dikaitkan dengan rompakan minggu lepas di Muzium Louvre, di mana lapan permata diraja Perancis bernilai kira-kira €88 juta (ASD102 juta) dicuri, lapor Anadolu Ajansi yang memetik media tempatan semalam.

    Menurut BFMTV, seorang suspek ditahan lewat Sabtu di Lapangan Terbang Roissy–Charles de Gaulle ketika cuba menaiki penerbangan ke Algeria. Penahanan dilakukan oleh polis sempadan dan briged antirompak samun.

    Seorang lagi individu turut ditahan berhubung kes rompakan itu, yang dipercayai melibatkan kumpulan empat orang yang memecahkan tingkap di Galeri Apollon sebelum melarikan diri bersama barangan kemas berharga itu.

    MENARIK:  Polis rujuk tiga kertas siasatan doktor tidak senonoh kepada timbalan pendakwa raya

    Penyiasat masih memburu dua lagi suspek yang masih bebas serta mencari semula barang-barang yang dicuri.

    Antara koleksi yang dicuri termasuk rantai dan anting-anting daripada koleksi Marie-Louise; rantai, anting-anting dan tiara daripada koleksi Marie-Amelie dan Hortense serta dua kerongsang, reben hiasan pakaian dan tiara daripada koleksi Maharani Eugenie.

    Penyiasat kemudian menemui mahkota milik Eugenie yang ditinggalkan berhampiran muzium - penemuan yang menurut seorang pengawal keselamatan Louvre membuktikan yang “rancangan mereka digagalkan.”

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah