24.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Polis kesan individu menyamar Ayob Khan di WhatsApp

    Shopee Sale

    Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan individu yang menyamar sebagai Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay di aplikasi WhatsApp.

    Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata individu berkenaan dikesan melakukan penyamaran itu dalam satu kumpulan sembang aplikasi WhatsApp yang dinamakan “FRIENDSHIP GROUP”.

    “Dalam kumpulan sembang itu, polis telah mengesan satu pesanan individu yang mengaku sebagai “Datuk Ayob Khan Mydin” serta mengajak individu lain untuk turut menyertai kumpulan sembang itu.

    “PDRM ingin menegaskan bahawa Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay tidak pernah mengendalikan sebarang kumpulan sembang khas di aplikasi WhatsApp,” katanya dalam kenyataan hari ini

    Rusdi berkata perbuatan individu yang tidak bertanggungjawab itu boleh menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat serta berpotensi memburukkan imej pasukan PDRM.

    MENARIK:  Polis: Permainan video ganas mungkin pengaruh suspek kes tikam di sekolah

    Beliau berkata pihaknya akan bertindak tegas dan menjalankan siasatan terhadap pemilik nombor dan individu berkaitan yang cuba menggunakan nama pimpinan tertinggi PDRM mahupun orang lain, berdasarkan lunas undang-undang.

    Rusdi turut menasihati orang ramai agar sentiasa berwaspada dan tidak mudah terperdaya dengan aktiviti penipuan dalam talian.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah