27.1 C
Kuala Lumpur
Monday, May 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Polis cari 'Deni' bagi bantu siasatan kes gaduh di Cameron Highlands

    Shopee Sale

    Polis sedang berusaha mengesan seorang suspek dikenali sebagai 'Deni' bagi membantu siasatan dalam kes pergaduhan tiga lelaki warga Indonesia di tepi jalan Trangkap, Cameron Highlands pada 30 Mei lepas.

    Ketua Polis Pahang Yahaya Othman berkata orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki berusia 30-an itu diminta menghubungi mana-mana balai berhampiran bagi membantu siasatan.

    Katanya polis percaya Deni masih berada di negara ini.

    "Suspek telah dikenal pasti dan gambar orang yang dikehendaki itu akan diedarkan," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Kontingen Pahang di Kuantan hari ini.

    Pergaduhan pada hari Khamis lepas menyebabkan seorang pekebun kontrak maut manakala rakannya ditemui dalam keadaan cedera parah kira-kira 500 meter dari mayat lelaki terbabit.

    Terdahulu Yahaya dalam ucapannya berkata statistik rekod Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) menunjukkan pengurangan, menjadi 869 kes bagi tempoh Januari hingga Mei lalu berbanding 932 kes dalam tempoh sama tahun lepas.

    Bagaimanapuun katanya jumlah kerugian yang ditanggung bagi tempoh berkenaan meningkat mendadak hingga RM42 juta berbanding RM18 juta bagi tempoh sama tahun lepas.

    MENARIK:  Israel terus halang bantuan penting ke utara Gaza - PBB

    Dia berkata dari segi tangkapan pula menunjukkan peningkatan, iaitu 693 tangkapan dibuat setakat ini berbanding 576 pada tahun lalu, manakala dari segi pertuduhan JSJK Pahang telah melaksanakan 326 jumlah kertas pertuduhan,

    Sementara itu Yahaya berkata Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pahang pula berjaya membuat 6,114 tangkapan yang melibatkan 5,555 kes berkaitan pelbagai kesalahan narkotik bagi tempoh Januari hingga Mei lepas.

    Katanya JSJN Pahang juga telah berjaya mencapai 90 peratus kadar penyelesaian 4,815 kes daripada 5,527 kertas sisatan yang dibuka.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah