Polis membuka kertas siasatan berhubung ugutan pihak tertentu ke atas syarikat pengedar stoking kontroversi, Xin Jian Chang Sdn Bhd, baru-baru ini.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata buat masa ini pihaknya sedang melengkapkan kertas siasatan yang melibatkan isu 3R itu..
"Tapi kertas siasatan masih belum lengkap," katanya pada sidang media Bukit Aman, hari ini.





