27 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 8, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Polis akan mohon sambung reman suspek kes tikam pelajar perempuan

    Shopee Sale

    Polis akan memohon untuk melanjutkan reman seorang pelajar lelaki bagi membantu siasatan kes pelajar perempuan berumur 16 tahun yang maut ditikam di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, Petaling Jaya Selasa lepas.

    Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shamsudin Mamat berkata remaja berusia 14 tahun itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya untuk tujuan itu setelah tempoh remannya berakhir esok.

    “Sebanyak 148 individu telah dirakam keterangan bagi membantu siasatan setakat ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Shamsudin berkata kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya pada Rabu ini untuk arahan lanjut.

    Pada Rabu lepas, Majistret Shahril Anuar Ahmad Mustapha mengeluarkan perintah agar suspek yang juga pelajar di sekolah yang sama dengan mangsa ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

    MENARIK:  ‘Cadangan KWSP bayar bulanan tak jejas pencarum sedia ada'

    Dalam kejadian pada 14 Okt lepas, seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun ditemukan meninggal dunia di dalam tandas di sekolah itu selepas disyaki ditikam berulang kali oleh suspek.

    Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar dilaporkan berkata laporan awal bezah siasat yang dijalankan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) mendapati punca kematian mangsa disebabkan jumlah tikaman berulang kali pada bahagian dada dan leher.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah