25.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PM: Laporan siasatan saham Azam Baki siap beberapa hari lagi

    Shopee Sale

    Laporan Jawatankuasa Khas Siasatan berkaitan isu pemilikan saham melibatkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki akan siap beberapa hari lagi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Beliau berkata tindakan lanjut termasuk sekiranya terdapat rasional untuk siasatan itu dilanjutkan akan diputuskan berdasarkan laporan itu.

    Justeru, beliau berkata cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung isu berkenaan adalah terlalu awal.

    “Tentang cadangan RCI bagi kita agak premature, terlalu awal kerana siasatan yang diketuai oleh Peguam Negara akan siap minggu ini, dalam beberapa hari.

    "Jadi kita tengok dulu, apakah kemunasabahan, rasional untuk melanjutkan dan dalam bidang apa yang perlu untuk diteliti.

    MENARIK:  Kesuma galak syarikat media buat caruman wartawan, jurufoto sambilan

    “...biarlah kita ikut prosesnya. Pertama, mendapat dulu laporan daripada Peguam Negara yang tidak akan tertangguh kerana Peguam Negara memaklumkan kepada saya laporan akan disediakan dalam tempoh satu, dua hari ini.

    “Kemudian, kalau ada rasional untuk melanjutkan (siasatan), itu kita akan lanjutkan,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah