32.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pesara polis ditemukan mati di Pantai Labuan

    Shopee Sale

    Seorang pesara polis berusia 53 tahun dari Sarawak ditemukan meninggal dunia di pantai berhampiran Sea Sport Complex.

    Mangsa dikenali sebagai Abang Shuhada Abang Abdul Ladi ditemukan hanya memakai seluar panjang pada 7.05 pagi tadi oleh orang awam.

    Ketua Polis Labuan Supt Mohd Hamizi Halim dalam kenyataan hari ini berkata mayat mangsa ditemukan tertiarap di pantai dan berdasarkan siasatan awal mendapati tiada kecederaan fizikal dikesan pada tubuh badan mangsa.

    Hamizi berkata mayat dihantar ke hospital untuk bezah siasat dan pesara berkenaan bersama keluarganya tiba di Labuan pada 12.30 tengah hari pada raya pertama (10 April) dan menginap di sebuah hotel di pusat bandar.

    MENARIK:  Mat Hasan pertahan Akmal, harap terus jadi 'pembangkang konstruktif'

    “Pesara itu dilaporkan keluar kira-kira pukul 3 pagi dan kehilangannya disedari keluarganya pada sebelah pagi.

    "Puas keluarganya mencari di sekitar kawasan hotel malah di Hospital Labuan tetapi gagal,” katanya.

    Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian itu diminta tampil untuk membantu siasatan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah