31.6 C
Kuala Lumpur
Friday, July 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pertikaian Akmal, Teresa hanya ‘wayang opera Cina’ – Chegubard

    Shopee Sale

    PRK MAHKOTA | Pemimpin Bersatu Badrul Hisham Shaharin membandingkan peranang mulut antara Ketua Pemuda Umno Dr Muhamad Akmal Saleh dengan ahli Parlimen DAP Teresa Kok sebagai lakonan semata-mata.

    Badrul mendakwa serangan Akmal ke atas Kok berhubung isu pensijilan halal hanyalah untuk menarik undi Melayu dan Cina.

    Ini kerana Akmal tidak berkata apa-apa apabila pengasas KK Mart Chai Kee Kan menyertai rombongan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dalam lawatan kerja ke Uzbekistan sebelum ini, katanya.

    “(Pertelingkahan) Akmal dan Kok adalah wayang opera Cina untuk PRK Mahkota.

    “Kok nak tarik undi Cina, Akmal nak tarik undi Melayu,” katanya dalam ceramah di Kampung Tengah, Kluang malam tadi.

    Sebelum ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dilaporkan sedang menimbang untuk mewajibkan pensijilan halal ke atas restoran dan syarikat makanan yang tidak menyediakan hidangan babi dan alkohol.

    MENARIK:  Awas surat palsu! Polis KL nafi minta sumbangan Aidilfitri

    Ia mencetuskan pelbagai reaksi namun Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi berkata kabinet pada 18 September lalu memutuskan dasar sedia ada berkenaan pensijilan halal dikekalkan, iaitu dibuat secara sukarela.

    [Baca berita asal]


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah