26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, June 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Perlis, 30 kawasan di M’sia catat suhu panas tahap satu

    Shopee Sale

    Sebanyak 29 kawasan di Semenanjung merekodkan cuaca panas tahap satu atau berjaga-jaga setakat 4.30 petang tadi, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

    MetMalaysia dalam kemas kini status cuaca panas di Facebook memaklumkan kawasan terlibat ialah seluruh Perlis; Baling, Kota Setar, Kubang Pasu, Pulau Langkawi, Padang Terap, Pokok Sena, Kuala Muda dan Sik di Kedah serta Hulu Perak dan Kuala Kangsar di Perak.

    Turut tersenarai Sepang di Selangor; Jelebu, Seremban, Jempol, Rembau, Tampin (Negeri Sembilan); Alor Gajah dan Jasin (Melaka); Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang dan Segamat (Johor); Bera, Maran, Raub dan Temerloh (Pahang) serta Jeli (Kelantan).

    Sementara itu, di Sabah melibatkan Keningau manakala di Sarawak hanya Mukah.

    Suhu panas tahap satu atau berjaga-jaga merujuk kepada suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

    MetMalaysia sebelum ini memaklumkan keadaan cuaca panas dan kering di kebanyakan kawasan seluruh negara berikutan Malaysia berada dalam fasa akhir Monsun Timur Laut (MTL) sejak 11 Nov lepas.

    MENARIK:  Sng gesa KDN buat SOP baru percepat ujian makmal

    Bagaimanapun, keadaan cuaca itu dijangka beransur pulih menjelang pertengahan bulan depan susulan permulaan fasa peralihan monsun yang bermula hari ini dan berterusan hingga Mei.

    Dalam tempoh ini, rantau negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah yang kondusif untuk kejadian ribut petir dan lazimnya membawa hujan lebat berserta angin kencang dalam jangka masa singkat yang berpotensi menyebabkan banjir kilat.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah