33.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Perkasa teruskan boikot stesen minyak Petronas

    Shopee Sale

    Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) kekal dengan keputusan untuk meneruskan kempen bagi memboikot pembelian petrol di stesen minyak Petronas selama seminggu bermula 1 April ini.

    Presidennya, Syed Hassan Syed Ali berkata ia susulan keputusan gergasi minyak dan gas itu melantik syarikat bukan Bumiputera untuk kontrak pemasangan panel solar.

    "Perkasa kekal akan kempen di kalangan ahli-ahli Perkasa bermula 1 April selama seminggu dengan tidak membeli petrol di stesen-stesen Petronas selagi tiada kenyataan konkrit dari Petronas sendiri berkaitan kontrak pemasangan panel tenaga solar di 300 stesen.

    "Perkasa juga berharap orang Melayu bersama dalam kempen ini. Isi petrol di lain-lain stesen yang dipunyai oleh Bumiputera," katanya kepada Malaysiakini.

    Katanya, meskipun Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) menyatakan kesediaan Petronas untuk menubuhkan Konsortium Kontraktor-Kontraktor Melayu untuk Projek Solar Petronas, namun tiada sebarang kenyataan dikeluarkan syarikat minyak itu sendiri.

    Kelmarin DPMM memaklumkan Cabang tenaga hijau Petronas, Gentari Sdn Bhd menyatakan persetujuan dengan saranan untuk mewujudkan konsortium dianggotai pemain industri solar yang berkelayakan untuk diberi kontrak pada masa hadapan.

    Presiden DPMM Norsyahrin Hamidon berkata, kata putus tersebut dipersetujui semasa satu pertemuan antara DPMM dan Gentari di pejabat pengurusan syarikat itu Rabu lalu.

    Selain itu, katanya, DPMM turut menyarankan agar satu program pembangunan bumiputera diwujudkan di Petronas agar syarikat bumiputera pelbagai bidang dalam industri minyak dan gas dapat diberi keutamaan dalam pengagihan kontrak pada masa depan.

    “DPMM bersedia untuk menjadi penghubung antara pemain industri bumiputera dan Petronas.

    "Syarikat bumiputera banyak yang berkelayakan dan mempunyai merit cuma dipinggirkan dari diberi peluang untuk sama-sama bersaing dengan syarikat bukan bumiputera,” katanya dalam satu kenyataan.

    Sebelum ini, gesaan Perkasa agar Petronas diboikot dibidas Adun Asaka dari DAP, Jason Ng.

    MENARIK:  Sekali lagi komuniti antarabangsa gagal, kata Anwar

    Ng berkata Solarvest Energy Sdn Bhd menerima kontrak itu ialah syarikat tersenarai di bursa saham dan terbukti pakar dalam sektor tenaga boleh diperbaharui.

    Kepakaran itu katanya, membuatkan mereka turut mendapat kontrak daripada Tenaga Nasional Berhad.

    Sementara itu, Perkasa juga mahu Presiden Petronas yang juga ketua pegawai eksekutifnya menarik balik kenyataan yang mendakwa kontraktor Bumiputera tiada merit untuk melaksanakan kontrak tersebut.

    Perkasa menganggap dakwaan tersebut sangat tidak bertanggungjawab dan tidak berasas yang dikeluarkan oleh "seorang Melayu yang mendapat jawatan setinggi itu".

    "Ya, memang benar kontraktor Bumiputera tidak akan dapat menandingi harga jika masuk tender sebab rangkaian kedai bahan binaan dan alat-alatan panel solar itu pun dikuasai oleh bukan Bumiputera.

    "Bagaimana Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) baru-baru ini yang ada sesi khas timbalan perdana menteri II sepentas bersama Presiden Petronas sendiri dan beberapa orang wakil kontraktor Bumiputera yang merupakan pemain industri tenaga solar, apakah ia sebagai retorik sahaja demi memenuhi agenda tiga hari perjalanan KEB tersebut?

    "Apa yang diputuskan dalam sesi dalam KEB tersebut? Ada sentuh isu merit? Isu harga? Jika kerana harga, Bumiputera dilihat tiada merit, maka kerajaan perlu beri semua kontrak bina sekolah, jalan raya, hospital, kompleks kerajaan, hospital-hospital dan lain-lain kepada syarikat-syarikat atau kontraktor-kontraktor bukan Bumiputera sahaja. Tak perlu jemput kontraktor Bumiputera masuk tender," katanya lagi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah