26.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Perak harap Air Asia timbang semula gantung penerbangan Ipoh-S’pura

    Shopee Sale

    Kerajaan Perak berharap syarikat penerbangan Air Asia mempertimbangkan semula keputusan mereka menggantung operasi laluan Ipoh-Singapura yang akan berkuat kuasa 25 April ini seperti diumumkan pada laman sesawang mereka.

    Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Loh Sze Yee, berkata kerajaan negeri tidak dimaklumkan mengenai keputusan tersebut dan berharap ia hanya pendekatan sementara bagi penyusunan semula strategi syarikat bagi destinasi baru.

    “Oleh itu amat diharapkan Air Asia mempertimbangkan penyambungan semula operasi penerbangan laluan Ipoh-Singapura,” katanya dalam satu kenyataan di Ipoh.

    Loh berkata mengikut data laluan Ipoh-Singapura sememangnya mendapat sambutan yang baik selama ini dan keputusan Air Asia dikhuatiri memberi impak yang kurang baik kepada Ipoh dan Perak dari aspek pelancongan, pelaburan serta industri.

    MENARIK:  Kuil di Rawang diroboh sebaik selepas patung dialih

    Dia berkata keputusan itu juga bertentangan dengan usaha kerajaan merancakkan pengangkutan udara di Ipoh.

    Katanya kerajaan negeri sentiasa memberi kerjasama untuk melancar serta memudahkan pengurusan operasi penerbangan domestik serta antarabangsa.

    “Pada masa ini kerja-kerja naik taraf Lapangan terbang Sultan Azkan Shah sedang dilaksanakan dan ia merupakan antara inisiatif kerajaan negeri dan persekutuan untuk menambah baik serta meningkatkan fasiliti bagi mengoptimumkan perkhidmatan penerbangan,” katanya.

    Terdahulu dalam satu kenyataan Air Asia mengumumkan penggantungan operasi laluan Ipoh-Singapura berkuat kuasa 25 April.

    Mengikut kenyataan itu Air Asia akan menggantung 17 perkhidmatan mereka termasuk laluan Ipoh-Singapura yang bermula 2 Dis 2018 bagi menyemak serta menyelaraskan operasi syarikat berkenaan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah