25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Peniaga sayur warga emas rugi hampir RM1 juta angkara ‘phone scam’

    Shopee Sale

    Seorang peniaga sayur di Cameron Highlands kerugian RM958,088 akibat diperdaya sindiket penipuan panggilan telefon atau 'phone scam’ yang menyamar sebagai pegawai bank di Dubai, tahun lalu.

    Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata mangsa lelaki berusia 69 tahun itu mendakwa telah menerima panggilan melalui aplikasi Facebook daripada suspek yang menyamar sebagai pegawai bank pada 30 Mac tahun lalu.

    Beliau berkata suspek didakwa telah memberi tawaran kepada mangsa untuk mengaku sebagai saudara kepada individu yang mendeposit sebanyak AS$26,700,000 yang telah meninggal dunia dan mangsa dijanjikan sebanyak 50 peratus daripada tuntutan tersebut sekiranya bersetuju dengan tawaran tersebut.

    “Kemudian suspek menyambungkan talian kepada seorang peguam yang menguruskan segala transaksi berhubung bayaran yang dikenakan kepada mangsa seperti cukai, levi, bayaran anti pengubahan wang haram dan sebagainya.

    “Susulan itu, mangsa akhirnya telah melakukan 70 kali transaksi ke dalam 26 akaun bank berbeza mulai 9 Mei 2023 hingga 11 Mac 2024 namun tidak mendapat sebarang bayaran yang dijanjikan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    MENARIK:  Kes konsesi pasir MBI: SPRM sita wang tunai RM600,000 lagi

    Katanya mangsa membuat laporan polis semalam.

    Beliau berkata hasil siasatan mendapati sumber kewangan mangsa adalah daripada duit simpanan sendiri.

    Justeru Yahaya menasihatkan orang ramai segera membuat semakan dengan pihak polis atau agensi berkaitan apabila menerima panggilan meragukan bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah