27.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pengusaha vape diberi masa hingga Oktober hentikan jualan di Perak

    Shopee Sale

    Kerajaan Negeri Perak memberi tempoh sehingga Oktober ini kepada pengusaha rokok elektronik, atau vape, untuk menghentikan penjualannya susulan keputusan melaksanakan larangan lesen menjual produk itu di negeri berkenaan.

    Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak Datuk A. Sivanesan berkata tempoh itu diberikan sebagai langkah peralihan bagi membolehkan pengusaha terbabit membuat persediaan sebelum larangan berkenaan dikuatkuasakan sepenuhnya.

    “Kita masih beri ruang sehingga Oktober ini kerana terdapat segelintir pengusaha yang masih memegang lesen jualan rokok elektronik yang belum luput tempoh… jadi, kita harap mereka boleh habiskan produk sekali gus menghentikan operasi penjualan sepenuhnya secara berperingkat,” katanya pada sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

    MENARIK:  Hotel bertanggungjawab terhadap kematian di kolam renangnya

    Pada 1 Okt lepas, Kerajaan Negeri Perak mengumumkan pelaksanaan larangan lesen penjualan rokok elektronik di semua premis perniagaan dalam kawasan pihak berkuasa tempatan bermula 1 Jan 2026 sepertimana dimuktamadkan dalam Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri.

    Sivanesan juga berkata pihaknya berharap kelonggaran yang diberikan itu tidak akan disalah guna oleh mana-mana pengusaha rokok elektronik untuk meneruskan perniagaan mereka secara tidak sah.

    Beliau berkata jika ada yang melanggar arahan itu, tindakan perundangan akan diambil terhadap mereka oleh pihak berwajib.

    “Kita telah bagi ruang dan masa yang cukup... saya harap mereka memahami serta mematuhi larangan yang dikenakan demi kepentingan kesihatan awam dan keselamatan masyarakat,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah