28.7 C
Kuala Lumpur
Friday, May 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pengetua, warden sekolah Zara ditempatkan di JPN

    Shopee Sale

    Kementerian Pendidikan (KPM) akan menempatkan sementara pengetua, penolong kanan hal ehwal murid dan semua warden SMK Tun Datu Mustapha di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah.

    Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan memaklumkan keputusan itu diambil susulan pengumuman pihak polis bahawa pasukan petugas khas Bukit Aman telah mengambil alih siasatan kes kematian pelajar sekolah berkenaan, Zara Qairina Mahathir.

    "KPM akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak brekuasa bagi memastikan siasatan dilaksana secara menyeluruh, teliti dan tuntas.

    "Sebagaimana yang telah ditegaskan, kes tersebut merupakan keutamaam KPM pada masa ini. KPM berharap siasatan telus dan sepenuhnya dapat dilaksanakan demi keadilan buat keluarga serta semua pihak terlibat,” jelas kenyataan itu.

    MENARIK:  SPRM digesa siasat dakwaan penyelewengan dana Sejati Madani

    Zara ditemui tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya di Papar pada 16 Julai lalu dan meninggal dunia keesokan harinya di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu.

    Keluarganya percaya Zara menjadi mangsa buli di sekolahnya.

    Kematian Zara mencetuskan pelbagai teori konspirasi, termasuk dakwaan wujudnya usaha untuk menutup kes kematiannya.

    Keadaan ini diburukkan lagi oleh kegagalan pihak polis mengarahkan bezah siasat dilakukan terhadap mayat mangsa, sehingga menyebabkan kubur arwah terpaksa digali semula bagi tujuan itu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah