26.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pengaman PBB beri amaran 'kebakaran besar' Israel dan Hizbullah

    Shopee Sale

    GLOBAL | Misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan memberi amaran pada Ahad mengenai “kebakaran besar” antara Israel dan Hizbullah susulan serangan maut di Bandar Majdal Shams di Bukit Golan yang diduduki.

    Agensi Anadolu melaporkan Penyelaras Khas PBB untuk Lubnan (UNSCOL) Jeanine Hennis-Plasschaert, dan Ketua Pasukan Interim PBB di Lubnan (UNIFIL) Jeneral Aroldo Lazaro Saenz dalam kenyataan bersama mengutuk “kematian orang awam - kanak-kanak dan remaja - di Majdal Shams.”

    Mereka menggesa “pihak-pihak yang terlibat untuk menahan diri secara maksimum dan menghentikan pertukaran tembakan yang semakin intensif.”

    “Ia boleh mencetuskan kebakaran besar yang lebih meluas dan akan melibatkan seluruh rantau dalam malapetaka yang sukar dipercayai,” kata mereka.

    Anadolu juga melaporkan pihak berkuasa Israel berkata sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan 35 cedera apabila roket mengenai padang bola sepak di Bandar Druze di Majdal Shams, bahagian utara Bukit Golan.

    Israel menuduh Hizbullah bertanggungjawab atas serangan itu, tetapi kumpulan dari Lubnan itu menafikan penglibatan mereka.

    Israel dan Hizbullah telah bertukar tembakan rentas sempadan sejak konflik Gaza pada bulan Oktober, yang menimbulkan kebimbangan mengenai peranang besar-besaran.

    MENARIK:  Tenaga bersih: Lebih 20,000 pepasangan program NEM Rakyat beroperasi - Seda

    Susulan serangan itu, Mesir memberi amaran mengenai bahaya membuka medan peranang baharu di Lubnan, yang menurutnya boleh menyebabkan rantau ini tergelincir ke dalam peperanangan serantau yang menyeluruh.

    “Mesir menekankan kepentingan menyokong Lubnan, rakyatnya dan institusinya serta menjauhkannya daripada kesengsaraan peranang.

    Mesir juga menyeru kuasa-kuasa berpengaruh dalam komuniti antarabangsa untuk campur tangan segera bagi mengelakkan rakyat di rantau ini daripada akibat buruk yang lebih teruk daripada perkembangan konflik, yang boleh mengancam keamanan dan keselamatan antarabangsa,” menurut kenyataan daripada Kementerian Luar Mesir.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah