24.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, July 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pengadil perlawanan N Sembilan lawan JDT diarah jalani pemurnian prestasi

    Shopee Sale

    Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengarahkan dua pengadil menjalani fasa pemulihan dan pemurnian prestasi susulan isu prestasi mereka ketika mengendalikan perlawanan Liga Super antara Negeri Sembilan FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 9 Januari lepas, menurut Setiausaha Agung FAM Noor Azman Rahman.

    FAM dalam kenyataan hari ini memaklumkan Jawatankuasa Penilaian Prestasi telah meneliti Laporan Penilai Pengadil seterusnya menilai prestasi pegawai perlawanan itu secara menyeluruh termasuk analisis terhadap insiden-insiden utama yang berlaku sepanjang perlawanan.

    “Hasil penilaian mendapati terdapat beberapa keputusan yang kurang tepat dilakukan oleh pengadil perlawanan S Logeswaran dan pengadil VAR Muhd Usaid Jamal, khususnya berkaitan penguatkuasaan Undang-Undang Permainan 1 berkaitan Kesalahan dan Kelakuan Tidak Bersopan. 

    “Sehubungan dengan itu, FAM memutuskan untuk merujuk kedua-dua pengadil terbabit kepada fasa pemulihan dan pemurnian selama dua minggu bagi memperbaiki prestasi mereka,” katanya. 

    MENARIK:  Status MP Labuan akan diputuskan dalam masa terdekat - Speaker

    Dalam pada itu, Unit Pengadil FAM dan Jawatankuasa Penilaian Prestasi telah menghantar surat rasmi kepada semua pegawai perlawanan termasuk Penilai Pengadil yang terlibat untuk menghadiri sesi Taklimat Selepas Perlawanan di Wisma FAM, Kelana Jaya pada Khamis ini.

    “Objektif utama sesi itu adalah untuk menilai dan membimbing pegawai perlawanan agar mereka dapat memperbaiki setiap kelemahan,” katanya.

    Noor Azman berkata FAM tidak pernah berkompromi dalam hal-hal berkaitan kualiti pengadilan dan akan memanggil mana-mana pegawai perlawanan yang menunjukkan prestasi lemah untuk bimbingan dan pemulihan prestasi. 

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah