26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, April 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Pencalonan Joohari untuk imbangi latar belakang agama calon PAS’

    Shopee Sale

    PRK SG BAKAP | Langkah diambil PH menampilkan calon yang mempunyai latar belakang agama bertujuan untuk mengimbangi ketokohan calon PAS, kata Timbalan Pesuruhjaya PAS III Pulau Pinang Mohd Yusni Mat Piah.

    Menurutnya hal itu kerana calon PAS kebiasaannya tidak terpisah dengan latar belakang berpendidikan agama.

    “Bagi saya mana-mana calon di pihak sana sama saja, ia tak memberi kesan. Kalau tengok calon mereka dalam pilihan raya negeri (PRN) lepas pun taraf pemimpin negeri dan anak tempatan juga.

    “Pada pandangan peribadi saya, (calon) kali ini lebih bertujuan untuk mengimbangi kekuatan (latar belakang) agama calon PAS," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

    Mendakwa PAS dan Islam tidak terpisah, Adun Penaga itu menambah, atas pertimbangan itulah parti kerajaan menampilkan bekas pengarah Institut Aminuddin Baki cawangan utara, Joohari Ariffin.

    Terdahulu Mohd Yusni ditanya kemungkinan PAS berdepan saingan sengit memandangkan PH mencalonkan seorang ahli akademik yang memilik latar belakang agama.

    Joohari memiliki ijazah dalam bidang ekonomi dan pengajian Islam dari Universiti Malaya, selain ijazah kedoktoran dari Universiti Sains Malaysia.

    PRK yang akan berlangsung pada 6 Julai itu diadakan selepas penyandangnya, Nor Zamri Latiff, meninggal dunia pada 24 Mei lalu.

    Mohd Yusni berkata, dia yakin calon yang akan diumumkan PAS pada 15 Jun nanti boleh menandingi kewibawaan Joohari.

    MENARIK:  Polis kenal pasti wanita cuba larikan kanak-kanak perempuan 9 tahun

    Dia turut menegaskan calon PH untuk bukanlah anak jati Sungai Bakap kerana dilahirkan di kawasan Permatang Pauh.

    “Dia cuma bersekolah di Sungai Bakap, tetapi kita di Pulau Pinang itu bukan isu. Ramai pemimpin daripada pimpinan PH pun bukan orang tempatan, di sini terbuka.

    “Yang penting siapa yang boleh berkhidmat dengan lebih baik kepada rakyat. Insya-Allah calon PAS nanti akan setanding dan lebih berwibawa,” jelasnya.

    Tambah ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu lagi, pertembungan di kerusi Sungai Bakap akan menjadi isyarat penolakan rakyat terhadap kerajaan.

    “Kita mendengar keluh-kesah rakyat berkaitan soal kos sara hidup, sekarang dengan kenaikan (rasionalisasi) harga diesel menjadi kemarahan rakyat.

    “Ini isyarat awal ditunjukkan rakyat,” dakwanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah