25.2 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pemuda Umno tuntut kolumnis minta maaf, artikel di Malaysiakini diturunkan

    Shopee Sale

    Pemuda Umno menggerakkan anggotanya di seluruh negara untuk membuat laporan polis terhadap Malaysiakini dan kolumnis portal berita berkenaan, Andrew Sia.

    Ketuanya Akmal Saleh, berkata langkah tersebut dibuat sebagai tindak balas kepada tulisan Sia yang diterbitkan oleh Malaysiakini semalam apabila kolumnis terbabit melabelkan Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebagai "akademi aparteid".

    Dalam satu kenyataan akhbar, Akmal juga menuntut Sia membuat permohonan maaf secara terbuka atas tulisannya, manakala Malaysiakini dituntut menurunkan artikel itu dari laman sesawangnya.

    "Menggelar UiTM sebagai sebuah akademi aparteid merupakan keceluparan yang wajib diajar.

    "Saya dengan tegas mendesak Malaysiakini untuk menurunkan artikel ini dan menggesa Sia memohon maaf dengan segera," katanya dalam kenyataan hari ini.

    Akmal yang juga exco Melaka menambah disebabkan "keceluparan" itu dia Pemuda Umno Malaysia mengarahkan ahlinya untuk membuat laporan polis terhadap Malaysiakini dan Sia.

    Kata Akmal aparteid adalah dasar perkauman yang mengasingkan orang kulit putih daripada orang kulit hitam di Afrika Selatan dan dikecam oleh ramai pihak termasuk Umno dan orang Melayu.

    Dengan menuduh UiTM sebagai institusi aparteid, katanya, Sia telah menghina legasi institusi pendidikan bumiputera dan menyakiti orang Melayu.

    Menegaskan institusi pengajian tinggi (IPT) itu ditubuhkan untuk membantu bumiputera mengejar pendidikan dan bukan untuk menindas sesiapa, Akmal berkata, di negara ini sekolah vernakular juga diberikan peruntukan oleh kerajaan.

    "Adakah UiTM simbol penindasan kepada kaum lain? Sudah tentu tidak.

    MENARIK:  BN mampu raih banyak kerusi pada PRU16 jika ketepikan isu remeh - Zahid

    "Kerajaan Malaysia yang majoritinya orang Melayu ini tetap sahaja membenarkan pendidikan 'tanah asal' seperti di SJK(C) dan di SJK(T) - yang bukan sahaja dibenarkan tapi disokong melalui peruntukkan kerajaan.

    "Siapa yang sejak awal membelah perpaduan melalui pendidikan ini?

    "Itupun kita terima dengan berlapang dada sebab kita tahu kepentingan membela hak budaya. Belum lagi dikira sekolah-sekolah menengah Cina persendirian yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan," katanya lagi.

    Menurut Akmal, ketika ini hanya UiTM saja menjadi medan pendidikan bumiputera yang ada apabila IPT lain terbuka buat semua kaum.

    Katanya ketika bumiputera "masih ketinggalan" hanya UiTM saja tempat untuk mereka cuba mengubah nasib.

    "Apabila wujud desakan untuk menghilangkan semangat UiTM ini, memang kami sensitif dan berhati-hati.

    "Melayu adalah bangsa yang pemaaf dan terbuka, tapi kalau hari-hari dihina sebegini, mengapa masih terkejut apabila kami susah menerima cadangan keterbukaan biarpun hanya sedikit?" katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah