26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pemuda PAS S'gor saran kahwin bukan Melayu untuk raih undi

    Shopee Sale

    Pemimpin sayap Pemuda PAS disarankan berkahwin dengan wanita bukan Melayu sebagai langkah untuk mendapatkan sokongan bukan Melayu.

    Aubidullah Fahim Ibrahim yang juga setiausaha Pemuda PAS Selangor berkata, taktik sedemikian boleh memenangi parti itu bukan saja berpuluh, malah ratusan undi.

    "Kami (Pemuda PAS) di Selangor ada cadangan. Tapi Ketua Pemuda PAS (Afnan Hamimi Taib Azamudden) tak ada pula.

    "Kita nak cadangkan supaya kepimpinan Pemuda ini perlu berkahwin rentas kaum ataupun rentas budaya. Kerana apa? Kerana apabila kita berkahwin merentas kaum ataupun budaya ini, kita bukan sekadar boleh menangkap satu undi, tapi insya-Allah kita akan menangkap 10 bahkan ratusan undi daripada bukan Melayu dan bukan Islam," katanya di Muktamar PAS ke-65 hari ini.

    Ucapan Aubidullah itu disambut dengan gelak tawa dan riuh rendah daripada hadirin.

    Tambahnya lagi, perwakilan Pemuda PAS Selangor "mencabar" Afnan dan ahli jawatankuasa pusatnya untuk menyahut cadangan itu.

    MENARIK:  NGO gesa SPRM siasat dakwaan transaksi RM500,000 dikait bekas menteri

    Aubidullah juga berkata secara berseloroh bahawa Ketua Pemuda PAS Selangor Mohamed Sukri Omar akan mendahului langkah itu.

    Terdahulu dalam ucapannya, Aubidullah turut menggesa ahli Pemuda PAS supaya mula berusaha ke arah meraih undi daripada pengundi muda dengan menggunakan pelbagai platform yang popular di kalangan peringkat umur.

    Ini termasuk aktiviti e-sukan, yang katanya mempunyai pengikut yang ramai dan Pemuda PAS boleh melibatkan ahli yang biasa dengan aktiviti itu untuk mendekati peminatnya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah