25.3 C
Kuala Lumpur
Monday, April 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pemimpin akar umbi Umno tawar diri ganti Najib masuk penjara

    Shopee Sale

    Seorang pemimpin akar umbi Umno Pahang menawarkan diri untuk menjalani hukuman penjara bagi pihak bekas perdana menteri Najib Razak.

    Tawaran itu dibuat semalam, kira-kira 24 jam selepas, selepas mahkamah menolak permohonan Najib untuk menghabiskan baki hukuman penjara bawah tahanan rumah.

    "Jika kerajaan pada hari ini masih kekal inginkan Najib menjalani baki tahanan di penjara, memandangkan Najib adalah seorang pemimpin dan bekas perdana menteri yang banyak jasa pada negara, sebagai membalas setiap jasanya yang tidak terhingga, saya Muhammad Faiz sanggup menggantikan beliau di penjara, asalkan Najib dibebaskan," kata Muhammad Faiz Hashim.

    Najib Razak

    Timbalan Ketua Umno Bahagian Indera Mahkota bagaimanapun berhujah, Najib wajar dibebaskan susulan kewujudan titah yang di-pertuan Agong sebelum ini Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

    "...walaupun tidak boleh melangkaui keputusan mahkamah tetapi setidaknya titah adendum diraja ini adalah simbolik sokongan penuh kepada Najib," katanya di media sosial.

    MENARIK:  Seluruh negara bersedih kehilangan negarawan yang membumi - PM

    Kelmarin, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Najib Razak untuk menjalani baki hukuman penjara bawah tahanan rumah.

    Hakim Alice Loke memutuskan titah adendum Agong mengenai penahanan di rumah itu bukanlah perintah sah yang dibuat dalam pelaksanaan prerogatif pengampunan.

    Selain itu, katanya, perintah tahanan rumah tidak boleh dilaksanakan kerana tiada peruntukan undang-undang di Malaysia yang menyediakan mekanisme sedemikian.

    Permohonan Najib untuk tahanan rumah bermula pada 2024, susulan permohonan semakan kehakiman yang difailkannya pada 1 April. 

    Ia dibuat selepas Lembaga Pengampunan mengumumkan pengurangan hukuman penjara 12 tahun dalam kes SRC International kepada enam tahun, serta pengurangan denda daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

    Hukuman tersebut berpunca daripada sabitan kesalahan salah guna kuasa, pecah amanah jenayah (CBT) dan pengubahan wang haram melibatkan RM42 juta dana SRC International, bekas anak syarikat 1MDB.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah