31.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pemilik restoran mengaku bersalah pamer logo halal tanpa perakuan sah

    Shopee Sale

    Seorang pemilik restoran mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di Kota Bharu, Kelantan hari ini, atas pertuduhan mempamerkan logo halal tanpa perakuan atau kebenaran yang sah.

    Lim Beng Kee, 48, selaku Orang Kena Saman (OKS) didakwa melakukan kesalahan itu pada 12.46 tengah hari 18 Nov 2024, di premis perniagaannya di Jalan Temenggong di Kota Bharu.

    Lelaki itu didakwa telah melanggar Perintah 4(1)(a) & (b) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011, di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 yang boleh dihukum mengikut Perintah 8(b) perintah sama yang memperuntukkan denda tidak lebih RM100,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

    MENARIK:  Guan Eng pertikai KPM sambut delegasi Taliban

    Pada prosiding itu, Pegawai Pendakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Muhammad Iman Masjuri menawarkan jaminan RM10,000, namun OKS yang tidak diwakili peguam merayu jumlah itu dikurangkan kerana duitnya tidak mencukupi.

    Hakim Zulkifli Abllah membenarkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 13 Mei sebagai tarikh jatuh hukum.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah