24.2 C
Kuala Lumpur
Friday, September 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pemilihan makin hangat, Rafizi kongsi ‘pepatah’ rajin seperti kambing

    Shopee Sale

    Ketika Nurul Izzah Anwar menerima sokongan bertali arus untuk mencabarnya, Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli kelihatan masih bersahaja.

    Dia malah berkongsi kisah isterinya yang bertanyakan perbezaan antara pepatah dan peribahasa Melayu ketika “orang semua bising pasal pengundian”.

    MENARIK:  DAP kembali momokkan BN menjelang PRN Negeri Sembilan

    Menteri ekonomi itu bagaimanapun hanya berseloroh menjawabnya.

     “Jangan tanya (kecerdasan buatan) Grok, nanti dia bagi pepatah ‘rajin seperti kambing’,” katanya sambil berkongsi emoji ketawa di X.

    Rafizi dua bulan lalu menyatakan hasratnya mempertahankan jawatan nombor dua dalam PKR selepas Presiden Anwar Ibrahim atas alasan mengelakkan perpecahan dalaman.

    Nurul Izzah setakat ini belum menyatakan hasrat secara terbuka untuk mencabar Rafizi. 

    Bagaimanapun telah ramai pemimpin parti dari pelbagai peringkat tampil menyatakan sokongan terbuka kepadanya mulai semalam, antaranya setiausaha politik kanan perdana menteri Shamsul Iskandar Md Akin, Menteri Besar Selangor Amirudin Shari dan TImbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli.

    Nurul Izzah Anwar

    Sementara Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail pula, yang tewas dengan Rafizi dalam pengundian lalu, setakat ini belum mengumumkan kesediaannya kerana mahu melakukan sembahyang istikharah (untuk memohon petunjuk ilahi) terlebih dahulu.

    Pemilihan PKR bagi jawatan di peringkat pusat dijadualkan berlangsung pada 22, 23 dan 24 Mei ini.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah