24.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pemandu lori maut dihempap lori 10 tan

    Shopee Sale

    Seorang pemandu lori maut selepas dihempap lori 10 tan dalam kejadian di sebuah kawasan pembinaan di Antara Gapi, Hulu Selangor, petang semalam.

    Mangsa berusia 36 tahun itu dikatakan baru sahaja selesai mengeluarkan muatan tanah daripada lori berkenaan sebelum dihempap kenderaan berat tersebut yang tiba-tiba condong dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang.

    Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Mohd Asri Mohd Yunus berkata mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan dan dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu.

    MENARIK:  JPJ Kelantan sita 13 kereta mewah bernilai hampir RM5 juta

    “Selepas mengeluarkan semua muatan tanah, lori itu tiba-tiba condong dan hampir terbalik ke sebelah kanan. Mangsa bertindak turun untuk menyelamatkan diri namun tidak sempat dan dihempap kenderaan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Mohd Asri berkata proses bezah siasat mendapati punca kematian mangsa adalah akibat kecederaan parah di kepala dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

    Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan tersebut supaya tampil membantu siasatan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah