31.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pelantikan 3 ahli JKMR perkukuh integriti, tadbir urus negara – PM

    Shopee Sale

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap pelantikan tiga Ahli Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) yang baharu dapat memperkukuh keyakinan masyarakat terhadap usaha kerajaan mempertingkat integriti dan tadbir urus.

    Menerusi hantaran di Facebook, beliau berkata jawatankuasa itu berperananan penting dalam menasihati Perdana Menteri mengenai pelbagai aspek berkaitan isu rasuah dan meneliti Laporan Tahunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

    “Pelantikan Ahli JKMR ini diharap dapat memperkukuh keyakinan masyarakat terhadap usaha kerajaan mempertingkat integriti dan tadbir urus, sejajar aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan nilai ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam sistem pentadbiran negara,” kata beliau.

    MENARIK:  Pesawat pejuang F-15E Amerika ditembak jatuh di Iran

    Terdahulu, Anwar menyampaikan surat cara pelantikan kepada Ahli Dewan Negara Senator Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dan Senator Datuk Seri Profesor Emeritus Dr Awang Sariyan serta Ahli Parlimen Langkawi Datuk Mohd Suhaimi Abdullah.

    Pelantikan itu adalah bagi tempoh tiga tahun dan berkuat kuasa pada 25 April lepas.

    Penyampaian surat cara pelantikan itu turut disaksikan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki di Bangunan Parlimen di Kuala Lumpur.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah