28.5 C
Kuala Lumpur
Monday, April 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Peguam rugi RM1.7j terbuai cinta 'ahli geologi marin'

    Shopee Sale

    Seorang peguam kerugian RM1.75 juta akibat terperdaya dengan penipuan cinta (love scam) setelah berkenalan dengan seorang lelaki warga asing menerusi aplikasi WhatsApp sejak Julai lalu.

    Ketua Polis Perak Azizi Mat Aris berkata wanita berusia 58 tahun itu membuat laporan polis semalam apabila menyedari dirinya sudah menjadi mangsa penipu.

    "Menurut wanita itu, suspek mendakwa dirinya bekerja sebagai ahli geologi marin dan kononnya kehilangan wang tunai akibat dirompak semasa datang ke Malaysia untuk melaksanakan projek pembinaan tangki dasar laut di pesisir pantai di Terengganu.

    "Disebabkan 'masalah' yang dihadapinya, suspek meminta bantuan mangsa untuk memasukkan sejumlah wang," katanya pada sidang media selepas menghadiri sesi libat urus mengenai jenayah penipuan dan trend jenayah semasa di Teluk Intan hari ini.

    Azizi berkata mangsa membuat pemindahan transaksi wang ke beberapa akaun berbeza dengan jumlah keseluruhan RM1,757,490.

    MENARIK:  ‘Jangan lupa Muhyiddin beri Umno RM10 juta untuk PRN Sabah?’

    "Suspek berjanji akan membayar balik wang itu, namun hingga ke hari ini mangsa tidak menerima sebarang bayaran daripada suspek," katanya.

    Azizi berkata kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

    Dalam pada itu, Azizi berkata daerah Hilir Perak merekodkan kerugian berjumlah RM2 juta membabitkan penipuan dalam talian sepanjang tujuh bulan pertama tahun ini.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah