26 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pasangan kekasih disyaki pecah rumah dicekup polis

    Shopee Sale

    Sepasang kekasih ditahan polis Terengganu semalam kerana disyaki terlibat kes pecah rumah di Kampung Binjai Bongkok, Marang, pada Rabu lepas.

    Ketua Polis Daerah Marang DSP Mohd Razman Setapa berkata suspek berusia lingkungan 20-an itu masing-masing ditahan di dua kedai pajak gadai berasingan iaitu di Kuala Terengganu dan Kuala Nerus kira-kira 1.15 tengah hari.

    Katanya, kedua-dua suspek terbabit diberkas ketika ingin menggadai barangan kemas yang dicuri.

    "Polis menerima laporan kes pecah rumah pada Rabu lalu. Suspek dikatakan memecah masuk ketika mangsa keluar bekerja.

    "Mangsa hanya menyedari rumahnya dipecah masuk selepas melihat kesan pecah pada pintu kayu belakang rumah sewaktu pulang dari kerja iaitu sekitar jam 6.25 petang," katanya ketika dihubungi hari ini.

    Mohd Razman berkata hasil penelitian rakaman kamera litar tertutup di rumah mangsa, polis mendapati terdapat imej dua individu yang dipercayai pasangan suspek terbabit.

    MENARIK:  Jaga keselamatan ketika di selatan Thai, kata polis

    Dia berkata hasil tangkapan yang dibuat, polis turut menemukan wang tunai berjumlah RM7,500 yang juga mungkin dicuri dari rumah mangsa.

    "Barangan kemas dipercayai milik mangsa berjaya ditemukan semula. Kes disiasat mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan," katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah