26.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PAS tawarkan manifesto 'khidmat' kepada pengundi Nenggiri

    Shopee Sale

    PRK NENGGIRI l Calon PAS Mohd Rizwadi Ismail menawarkan "khidmat" sebagai manifestonya kepada pengundi di DUN Nenggiri sempena pilihan raya Kecil (PRK) yang akan berlangsung 17 Ogos nanti.

    Khidmat adalah akronim kepada K “khidmat masyarakat’; H “hak rakyat; I “ integriti dan amanah”; D “daya ekonomi dan infrastruktur”; M” masyarakat berilmu, bernilai murni dan sejahtera”; A “anak muda berpendidikan dan berkemahiran” dan T “ tranformasi digital luar bandar”.

    Manifesto yang ditawarkan PAS itu mempunyai tujuh tawaran khusus meliputi 37 bahagian serta 12 tawaran untuk seluruh warga Nenggiri.

    Tawaran  khusus itu turut memberi tumpuan kepada masyarakat Orang Asli dengan cadangan untuk melantik seorang pegawai wakil rakyat daripada kalangan orang asli, mengusaha menaik taraf jalan-jalan masuk ke perkampungan Orang Asli, menubuhkan pendidikan Orang Asli Nenggiri serta bekerjasama rapat dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa).

    Selain Orang Asli tawaran khusus juga turut merangkumi peneroka yang merupakan pengundi teras di DUN Nenggiri.

    Tawaran kepada peneroka antaranya membantu mempercepatkan pemberian hak milik tanah lot kediaman dan kebun kepada peneroka Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar).

    Serta mempercepatkan pemberian hak milik tapak rumah untuk 580 bekas peserta Projek Agropolitan Kelantan Selatan Rantau Manis dan mempercepatkan pemberian hak milik tanah lot kediaman generasi kedua Rancangan Kemajuan Tanah (RKT)  dan Rancangan Pemulihan Tanah (RPT).

    MENARIK:  Umno batal himpunan solidariti Najib

    Pelancaran manifesto itu disempurnakan Menteri Besar Kelantan, Mohd Nussuruddin Daud   di Markaz Tarbiah Renok, Gua Musang, malam tadi.

    Hadir sama, Naib Presiden Bersatu), Mohd Radzi Md Jidin dan Pengarah Operasi PN PRK Nenggiri, Annuar Musa.

    PRK DUN Nenggiri menyaksikan pertembungan dua penjuru antara PAS dan BN.

    Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 3 Ogos sebagai hari penamaan calon manakala 17 Ogos hari mengundi.

    Calon BN, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani masih belum melancarkan manifestonya ketika kempen berbaki lima hari saja lagi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah