32.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PAS sentiasa buka ruang tambah baik Pasti

    Shopee Sale

    Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa terdapat tekanan yang dibuat kepada Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti), Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (Sriti) dan Sekolah Menengah Intergrasi Islam (Smiti) kebelakangan ini.

    "Hakikatnya, kita mengalukan sebarang saranan dan sentiasa membuka ruang penambahbaikan.

    "Institusi ini adalah jihad pendidikan yang dilakukan PAS untuk negara," katanya pada satu kenyataan hari ini.

    Walaupun tidak memperincikan butiran dakwaannya itu, Tuan Ibrahim berkata PAS tidak pernah bebas daripada "tekanan dan gangguan.”

    Tuan Ibrahim hadir majlis iftar dan pemberian sumbangan bersama guru-guru Pasti di Parlimen Kubang Kerian.

    Dipercayai, Tuan Ibrahim mengulas tindakan Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) dan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) menyiasat Pasti berhubung isu gaji guru-gurunya.

    Turut menjadi perhatian adalah Sekolah Rendah Teras Islam (Sriti) dan Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam (Smiti).

    Langkah itu dikatakan bagi menentukan status pekerjaan guru dan kakitangan di institusi pendidikan yang dipayungi PAS.

    Institusi-institusi terbabit tidak didaftarkan secara sah sebagai sekolah, taman asuhan kanak-kanak, atau tadika.

    Terdahulu, Ketua Pemuda PAS Afnan Hamimi Taib Azamudden (gambar atas) mempertikaikan tindakan terhadap institusi itu selepas 40 tahun kewujudannya.

    MENARIK:  Menteri minta henti kecam pelajar dalam video tular

    Afnan berkata, guru Pasti adalah sukarelawan dan bukannya pekerja, serta menerima pampasan.

    Lantaran itu, exco Pemuda Umno Malaysia Fadzmel Fadzil menyifatkan kenyataan Afnan Hamimi itu sebagai bahaya dan seperti mempermainkan undang-undang.

    Fadzmel menyanggah hujah bahawa guru di Pasti adalah sukarelawan parti, dengan mendakwa ada bukti surat rasmi, termasuk surat penamatan kerja, yang merujuk mereka sebagai guru.

    Justeru, Fadzmel menggesa PAS bersikap adil terhadap guru-gurunya dan melihat isu tersebut dari sudut kemanusiaan, bukan politik.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah