29.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PAS kekal ‘mesra’ dengan semua ahli Bersatu – Annuar Musa

    Shopee Sale

    Kedudukan ahli Bersatu dalam kerajaan pimpinan PAS tidak terjejas buat masa ini meskipun hubungan politik rasmi antara kedua-dua parti telah berakhir, kata ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Annuar Musa.

    Katanya, keputusan itu selaras dengan pendirian PAS yang mengutamakan kestabilan politik serta menghormati hubungan yang telah terjalin di peringkat individu.

    “Hubungan peringkat parti diberhentikan. Di peringkat individu dan ahli berjalan seperti biasa, malah terus dihormati.

    “Mengambil kira dan memahami masaalah dalaman dan transisi yang dihadapi Bersatu, PAS kekal dengan sikap terbuka dan mesra dengan semua ahli Bersatu,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

    Bekas pemimpin Umno itu turut berpandangan bahawa perkembangan semasa dalam Bersatu berkemungkinan menyaksikan berlakunya penghijrahan besar-besaran ahli dari satu pihak ke ke pihak lain susulan perubahan landskap politik ketika ini.

    “Justeru buat masa ini kedudukan individu dalam kerajaan pimpinan PAS tidak terjejas selagi mereka menyokong dan berkerjasama dengan PAS.

    MENARIK:  Jabatan Negara AS rancang tutup 12 konsulat, kurangkan tenaga kerja

    “Kestabilan politik kekal diutamakan. Masa perlu diberikan pada mereka untuk membuat pendirian masing masing dan PAS tidak akan mencampurinya,” katanya lagi.

    Alu-alukan ahli Bersatu sertai PAS

    Pada masa sama, Annuar berkata, PAS mengalu-alukan bilangan ahli Bersatu yang besar yang menyatakan hasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan mereka.

    “Tumpuan PAS adalah terarah kepada usaha memperkasa parti bagi memikul amanah dan aspirasi rakyat dengan lebih berkesan.

    “PAS juga akan terus berusaha menjayakan perpaduan politik Melayu Islam serta muafakat pelbagai kaum demi masa depan Malaysia yang lebih sejahtera,” tambahnya.

    Malam Ahad lalu, Jawatankuasa PAS Pusat – yang bermesyuarat dengan mandat majlis syura ulamanya telah menoktahkan kerjasama mereka dengan Bersatu.

    Perkara itu diumumkan oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.

    Abdul Hadi Awang

    Rentetan keputusan itu, Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin menzahirkan rasa dukacita namun menegaskan komitmen partinya untuk kekal berada di bawah payung Perikatan Nasional (PN).

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah