Cuaca panas yang melanda kebanyakan kawasan sejak kebelakangan ini membuatkan ramai bergantung kepada pendingin hawa untuk mendapatkan keselesaan di rumah.
Artikel Berkaitan: Jangan Ambil Ringan! Risiko Tidur Dalam Kereta & Bahaya Karbon Monoksida
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aaron Aziz Kongsi Pengalaman Haji, Cuaca Panas Hari Arafah Paling Mencabar – ‘Allah Mudahkan..Setiap 2 Jam Ada Yang Hantar Ais’
Rumah terlampau panas?

Namun, tidak semua kediaman mempunyai unit pendingin hawa di setiap ruang, menyebabkan ada yang cuba menyejukkan seluruh rumah hanya dengan menggunakan satu unit sahaja.
Walaupun kaedah seperti membuka pintu bilik dan membiarkan pendingin hawa beroperasi pada suhu paling rendah kelihatan mudah, hakikatnya ia tidak semestinya berkesan.
Malah, cara tersebut boleh menyebabkan penggunaan tenaga meningkat, sekali gus mendorong bil elektrik yang lebih tinggi tanpa memberikan keselesaan yang diharapkan.
Bagi memastikan rumah kekal nyaman, langkah pertama yang perlu diberi perhatian ialah mengurangkan kemasukan haba dari luar. Bumbung dan tingkap merupakan antara punca utama haba memasuki rumah, terutama pada waktu tengah hari dan petang.
Penggunaan penebat haba pada siling atau bumbung, selain memasang langsir tebal, filem penapis haba atau teduhan pada tingkap yang terdedah kepada cahaya matahari secara langsung, boleh membantu mengurangkan suhu dalaman rumah dengan ketara.
Keluarkan udara panas sebelum ‘on’ aircond

Selain itu, udara panas yang terperangkap di dalam rumah sepanjang hari juga perlu dikeluarkan terlebih dahulu sebelum pendingin hawa dihidupkan.
Membuka pintu dan tingkap untuk seketika sambil menggunakan kipas dapat membantu menyingkirkan udara panas, sekali gus memudahkan proses penyejukan apabila pendingin hawa mula beroperasi.
Selain itu, menutup ruang yang tidak digunakan seperti stor, dapur atau bilik kosong dapat membantu mengekalkan udara sejuk di kawasan utama dan mengurangkan beban kerja pendingin hawa.
Penggunaan kipas bersama pendingin hawa juga boleh memberikan kesan yang lebih efektif. Kipas membantu mengedarkan udara sejuk ke kawasan berdekatan, menjadikan ruang terasa lebih nyaman tanpa perlu menetapkan suhu yang terlalu rendah.
Di samping itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah mempercayai pelbagai tip tular yang mendakwa mampu menyejukkan rumah dengan cara mudah tanpa penjelasan saintifik yang jelas. Ada kaedah yang mungkin memberikan kesan sementara, namun tidak semestinya praktikal atau berkesan untuk jangka panjang.
Rumah yang sejuk bukan hanya bergantung pada pendingin hawa, sebakiknya dengan mengurangkan haba, mengeluarkan udara panas dan memastikan aliran udara yang baik untuk keselesaan serta penjimatan elektrik.
Sumber: Public Health Malaysia
The post Nak Rumah Sejuk Tapi Jimat Elektrik? Cuba Buat 5 Perkara Ini first appeared on OHBULAN!.





