29 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PAS cabar Puad jelaskan siapa ‘Maha Kaya’ dalam era Madani

    Shopee Sale

    Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari mempersoalkan kenyataan ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Mohd Puad Zarkashi yang sebelum ini yang menyebut tentang kewujudan pihak digelar “Maha Kaya”.

    Dalam satu kenyataan di media sosial, Ahmad Fadhli membidas kenyataan Puad yang mendakwa SPRM sepatutnya memberi tumpuan kepada isu rasuah mineral Sabah dan juga “Maha Kaya” yang kononnya baru muncul.

    “Eh? Siapa yang dimaksudkan sebagai ‘Maha Kaya’ tu Datuk?

    “Era reformasi madani suci ini masih adakah lagi ‘Maha Kaya’ ni? Kalau yang tiba-tiba baru muncul, pelik sangat ni.

    “Datuk Puad kena jelaskan betul-betul,” kata Ahmad Fadhli.

    Terdahulu, Puad memuji langkah SPRM yang tidak meneruskan siasatan terhadap dakwaan pemalsuan dokumen pendaftaran tujuh pemain warisan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

    Dia menempelak cadangan untuk berhubung dengan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa), dan menyifatkannya sebagai pembaziran wang rakyat dan hilang fokus.

    MENARIK:  MetMalaysia keluarkan nasihat taufan Fung-Wong, cuaca buruk di beberapa negeri

    Sebaliknya, Puad menggesa SPRM menumpukan siasatan terhadap isu besar, termasuk skandal rasuah mineral Sabah, pihak digelar “Maha Kaya”, serta menantu bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin yang didakwa berada di Abu Dhabi bagi menghadapi kes Jana Wibawa.

    Isu “Maha Kaya” itu bagaimanapun menimbulkan persoalan di pihak PAS, dengan Ahmad Fadhli mendesak Puad untuk menjelaskan dengan lebih jelas individu atau pihak yang dimaksudkan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah