27.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Paru-paru bayi maut tertindih lengan bapa ada kesan cedera

    Shopee Sale

    Hasil keputusan bezah siasat bayi lelaki berusia tiga bulan yang maut dipercayai akibat tertindih lengan bapanya menunjukkan mangsa mengalami kecederaan pada bahagian paru-paru.

    Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata kecederaan itu mungkin disebabkan situasi tertindih yang menyukarkan bayi terbabit bernafas.

    “Hasil bezah siasat yang dijalankan oleh Dr Muhammad Khairul Afizal mendapati kes diklasifikasikan sebagai pending laboratory investigation dan beberapa sampel telah diambil untuk ujian toksikologi ke Jabatan Kimia Melaka," katanya dalam kenyataan di Melaka hari ini.

    Dalam pada itu, bezah siasat terhadap bapa bayi, Nuruleffendy Ibrahim, 35, pula mendapati terdapat satu sumbatan dan dua injap jantung yang tertutup, namun tiada sebarang kecederaan lain pada tubuh si mati.

    MENARIK:  Calon timbalan presiden: Kena tengok 'anak bulan' juga - Mohd Amar

    "Hasil bezah siasat diklasifikasikan sebagai Ischemic Heart Disease atau penyakit serangan jantung," katanya.

    Dalam kejadian pagi semalam, bayi lelaki berusia tiga bulan maut dipercayai akibat tertindih lengan bapanya yang terkena serangan jantung di kediaman mereka di Kampung Perigi Hang Tuah, di Melaka.

    Mangsa ditemukan tidak sedarkan diri oleh isterinya, Azura Abdul Malik Yaher, 37, yang pulang ke rumah untuk membawa anak bongsu daripada tiga beradik itu mendapatkan suntikan bayi di klinik kesihatan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah