26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pak Din kembali ke rahmatullah

    Shopee Sale

    Aktivis reformasi Badaruddin Ismail yang dikenali sebagai Pak Din dikalangan teman-temannya menghembuskan nafasnya yang terakhir awal pagi ini pada usia 80 tahun.

    Jenazah allahyarham disolatkan di Masjid Al Ansar Taman Keramat AU2 sebelum bersemadi di Tanah Perkuburan Islam Keramat.

    Menurut aktivis PKR Rozan Mat Rasip, pihak keluarga memaklumkan allahyarham meninggal dunia kerana masalah kesihatan.

    "Semoga roh allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan insan-insan yang disayangiNya," kata Rozan pada hantaran di media sosial.

    Allahyarham Badaruddin pernah aktif bersama NGO hak asasi manusia Suaram dan ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada April 2001.

    Untuk rekod, allahyarham bersama empat bekas tahanan ISA kemudian menyaman kerajaan dan polis atas penahanan tidak sah.

    Mahkamah Persekutuan pada Jun 2016 menolak rayuan oleh polis dan kerajaan terhadap kuantum ganti rugi am diarahkan supaya dibayarkan kepada lima bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri semasa era Reformasi pada tahun 2001.

    MENARIK:  Amanah Perak beri laluan, sokong calon BN di PRK Ayer Kuning

    Mahkamah tertinggi negara itu juga mengekalkan pampasan RM10,000 sehari yang diberikan kepada lima mereka sepanjang tempoh penahanan mereka yang menyalahi undang-undang.

    Setiap mereka dikurung dari 41 hingga 53 hari, iaitu ketika dalam jagaan polis sebelum dipindahkan ke pusat tahanan Kamunting.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah