29 C
Kuala Lumpur
Monday, June 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN siri 2/2024

    Shopee Sale

    Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memulakan prosiding bagi empat isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2024.

    Pengerusi PAC Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata ia melibatkan prosiding Pengurusan Air Negara di bawah Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRESS) pada 29 Julai ini serta prosiding Pengurusan Projek Bekalan Air Luar Bandar Sarawak dan Sabah di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) pada 30 Julai.

    Selain itu prosiding MARA Incorporated Sdn Bhd di bawah KKDW pada 31 Julai dan prosiding Majlis Profesor Negara di bawah Jabatan Perdana Menteri pada 1 Ogos.

    Mas Ermieyati berkata PAC akan menyambung semula prosiding Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) pada 7 Ogos depan dengan memanggil antaranya Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan bekas Pengerusi LTAT Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

    “Selain itu, PAC juga akan menyambung prosiding berhubung Program Pengurusan Penanaman Padi di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan pada 6 Ogos. Prosiding ini telah diadakan dua kali pada 13 Dis 2023 dan 26 Mac 2024,” katanya dalam sidang media di bangunan Parlimen hari ini.

    Dalam pada itu Mas Ermieyati menekankan pentingnya laporan-laporan PAC yang telah dibentangkan untuk dibahaskan di Dewan Rakyat.

    MENARIK:  Polis siasat kereta tampal tulisan Hebrew 'Malaysia di Tangan Kami'

    “Perbahasan laporan-laporan PAC membolehkan rakyat mengetahui perkara disiasat PAC sekali gus memberikan peluang kepada Ahli-ahli Parlimen untuk lebih memahami isu-isu yang dilaporkan dengan lebih mendalam,” katanya.

    Mas Ermieyati turut mengalu-alukan pelantikan Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok Suh Sim sebagai Naib Pengerusi PAC bagi menggantikan Ahli Parlimen Kluang Wong Shu Qi.

    “PAC percaya pengalaman beliau sebagai Ahli Parlimen sejak 1999 dan bekas Menteri Industri Utama dapat menjadikan PAC lebih berwibawa dalam memastikan setiap laporan dibentangkan mempunyai impak kepada kerajaan,” katanya yang turut mengucapkan penghargaan kepada Wong atas khidmat dan jasa beliau dalam jawatankuasa berkenaan sejak 4 April 2023.

    Terdahulu Dewan Rakyat meluluskan usul dibawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said bagi Kok dipilih sebagai Naib Pengerusi PAC.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah