28.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Op bersepadu khazanah: 151 ditahan, nilai sitaan RM32.3 juta – Perhilitan

    Shopee Sale

    Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) merekodkan sebanyak RM32.3 juta nilai sitaan melalui Operasi Bersepadu Khazanah yang dilaksanakan dengan bantuan teknologi digital, sepanjang tahun lepas.

    Timbalan Ketua Pengarah (Konservasi) Perhilitan Datuk Fakhrul Hatta Musa berkata ia melibatkan 109 kes yang turut menyaksikan 151 tangkapan dibuat, 270 jerat dimusnahkan dan 578 pengesanan aktiviti pemburuan atau pencerobohan.

    “Pengaplikasian teknologi Unmanned Aerial Vehicle (UAV) atau dron dilakukan bagi memantau sebarang perubahan guna tanah dan mencegah aktiviti pencerobohan haram dalam kompleks Taman Negara, rizab hidupan liar dan kawasan tanah lembap (Wetlands) di bawah pengurusan Jabatan Perhilitan.

    “Selain itu, penghasilan imej ortofoto melalui penggunaan teknologi dron, disokong kerja analisis menggunakan perisian pemprosesan imej serta Geographic Information System juga dilaksanakan bagi membantu peranancangan dan pembangunan sesuatu kawasan perlindungan lebih berkesan,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu dalam program temu bual eksklusif “Hari Hidupan Liar Sedunia” terbitan Bernama Radio hari ini.

    Fakhrul berkata pengurusan kawasan perlindungan yang luas adalah sukar jika hanya bergantung kepada kaedah konvensional atau secara rondaan darat semata-mata bagi memantau aktiviti penggunaan atau perubahan guna tanah di sekitar kawasan perlindungan yang terlibat.

    MENARIK:  Aras laut naik dua kali ganda dalam sedekad - PBB

    “Inovasi teknologi digital akan menjadikan pelaksanaan program pemuliharaan hidupan liar termasuk penguatkuasaan, penyelidikan, komunikasi, aktiviti in situ seperti pengesanan hidupan liar dan inventori serta analisa DNA lebih berkesan,” katanya.

    Semalam, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad dalam perutusan sempena Hari Hidupan Liar Sedunia berkongsi tema sambutan tahun ini ialah "Connecting People and Planet: Exploring Digital Innovation in Wildlife Conservation”.

    Gambar fail.

    Beliau menekankan kepentingan inovasi digital dan inisiatif terus diperkukuh dalam melindungi serta memulihara fauna dan flora liar yang merupakan khazanah negara yang amat berharga.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah